Satu hari sebelum saya bertolak ke Miri untuk mencari rezeki, Abah mengajar saya sesuatu. Iaitu, mengenai konsep "kerak nasi". Abah cakap, dalam duit simpanan mesti ada simpan sikit sebagai kerak. Mcm "kerak nasi". Kerak ni penting kalau ada kecemasan ke...kita ada simpanan. kalau boleh, tak nak susahkan siapa siapa. Contohnya, kalau kita putuskan kerak kita RM 1000..pastu tiba tiba nak pergi membeli belah, tengok tengok dalam bank ada rm1000 aje, kita kena fikir, "duit tak cukup, ada kerak saje, lain kali sahajalah". Tapi nak putuskan baper kerak kita, kena fikir macam ni "apa cth keadaan kecemasan, apa yang kena buat kalau terjadi, berapa agak agak duit belanja yang diperlukan..."
Alhamdullillah, sampai sekarang cuba untuk kekalkan itu.
No comments:
Post a Comment